.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, November 06, 2008

.: bila semuanya dah tak bermakna.. :.


bila semuanya dah tak bermakna..maknanya dah xde la kan? hueh. apa la yang aku duk merepek ni. aku sebenarnya rindu. semalam alif telefon. kami bergayut macam pasangan kekasih. hehe. pemegang hati jangan cemburu pulak. nanti kau jugak yang nak cium tangan alif. kalau ada jodoh kita lah kan. kalau takde nak buat macam mana kan? terima kasih pemegang hati sebab selalu buat aku gembira. dan kadang-kdang senyum sorang-sorang. dan jugak bengang sorang-sorang. kau memang istimewa lah dalam hati aku =)


hari ni aku bangun sangat lambat. semalam tidur pukul tiga pagi. duk main mekap-mekap dengan noy dan ayg. gambar tak boleh nak upload. pemegang hati tak bagi. hehe. bangun, basuh muka, on pc. lepas tu basuh baju yang dah menimbun. penatnya basuh tangan. pemegang hati, tolong belikan aku mesin basuh. huhu.


esok ada presentation 3d. apa la naseb 'mr tin' ktorang tu. hehe


***************************

semalam aku tak dapat jawab paper animation.


disini aku ingin berterima kasih kepada diri aku sendiri kerana sanggup bersengkang mata membaca majalah eh! yang bermuka surat seratus lebih-lebih instead of baca nota animation yang cuma 30 muka surat. aku ingin berterima kasih kepada diri aku sendiri kerana sanggup memegang nota animation selama lima jam berterusan tapi cuma merenung tulisan yang ada. aku ingin berterima kasih kepada diri aku sendiri kerana sengaja buat perangai dengan semua orang pada pagi sebelum peperiksaan dan secara tidak langsung mengganggu ketenangan jiwa untuk belajar. aku ingin berterima kasih kepada diri sendiri kerana lebih rela memegang hp daripada pen. aku ingin berterima kasih kepada diri aku sendiri kerana memilih untuk memeluk petrik dan smiley daripada membaca nota animation yang cuma berjarak satu jengkal dari kepala. aku ingin berterima kasih kepada diri sendiri kerana berjaya menanam, membina, membentuk dan menjaga sifat malas belajar dalam diri ini.

terima kasih diri!

aku sayang kau!

*******************


rindunya kat aisyah humairah.

No comments: