.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, July 19, 2012

#384

Rindu.
Usap perut sebelum tidur.

Rindu.
Mengadu hal seharian padanya.

Rindu.
Mendengar ayat suci alQuran.

Rindu.
Kucupan mesra dari suami di perut.

Rindu.
Ulang alik ke tandas setiap hari.

Rindu.
Beratur menunggu giliran berjumpa doktor.

Rindu.
Sungguh, mommy rindu.
Tapi siapa yg ambil tahu?

Alah.
Baru dua bulan sudah gila.

Alah.
Baru dua kali gugur sudah gila.

Alah.
Dua kali ke hospital sendiri sudah gila.

Alah.
Balasan Allah, mmg padan lah gila.

Terima kasih sahabat.
Terima kasih keluarga.

Perit.

Pedih.

Pahit.

Hilangmu itu sudah pedih.
Tapi lg pedih bila hilangmu itu orang lain bilang kerana dosa mommy.

Andai mereka tau, tiap kali mau tidur mommy berdoa dosa mommy biar mommy yang tanggung.

Tapi mereka tak tau. Dan tak akan tahu.

Mereka cuma pandai berkata.

Sebab mereka tak pernah rasa. Belum rasa.
Mungkin juga mereka fikir mereka tuhan, tahu takdir takkan pernah hilang anak dalam kandungan.

Sayang.
Kenapa tinggal mommy sorang?
Kenapa biar mommy sorang?

Sayang.
Tunggu mommy di sana ya?

Iya.
Saya tau ada yg kehilangan lg teruk.

Iya.
Saya tau ada yg hilang anak sebelum sempat menyusu.

Iya.
Saya tau ada yg hilang sebelum sempat ke sekolah.

Andai yang bicara itu ada naluri ibu, tidak pernah merasa kehilangan kerana tidak pernah merasa kehadirannya juga satu kepahitan.

Syukur.
Pernah dua kali merasa.

Syukur.
Peranakanku sempurna.

Syukur.
Dapat pegang yg kedua walau belum bernyawa.

Syukur.
Terima kasih Allah.

Tapi satu doaku.

"kurniakanku zuriat agar ada yg mendoakan tika ku tiada. Agar ada yg sanggup berkunjung ke rumah abadiku. Agar ada yg mengingatiku tika tiada."

Suami.
Terima kasih kerana masih percaya.

Suami.
Terima kasih kerana masih teguh bersama.

Suami.
Terima kasih kerana masih sudi memujuk.

Suami.
Terima kasih kerana sering menyedarkan diri untuk redha.

Maaf.
Harapan untuk menyambut zuriat sebelum setahun bersama tidak berjaya.

Maaf.
Dua kali mensiakan benih.

Maaf.
Bila merasa diri sentiasa sihat dan kuat dan gagah.

Maaf.

Terima kasih suami kerana sudi menjadi suami walau tau diri ini tidak sesihat wanita lain.

Terima kasih, sayang.


2 comments:

Mama Ain said...

hanya tuhan sahaja yg tau apa yg kita rasa... semoga diberikan kesihatan yang baik untuk melahirkan insan yang soleh solehah satu hari nanti.. yg penting usaha dan tawakal serta berdoa... Amin.

NorHaFydzah said...

Perancangan Dia untuk.kita..tentu ada adalah yang terbaik dari perkiraan hambaNya. Mungkin ada kebaikan yang disembunyikan di atas segala yang telah berlaku. Kuatkan semangat. Banyakkan berdoa.. Moga Tuhan sentiasa kuatkan hati kalian untuk menerima dugaan. Semoga Dia tidak pernah putus memberikan rezeki ke atas kalian ;)


With Love,
jauh di mata..tetap dekat di hati..
Doaku sentiasa mengiringi kalian.