.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, July 12, 2012

#383

Sesungguh nya sy sangat tersentuh dengan kata2 itu. Sy tau sy bukan siapa2 bg awak tp tolong lah hormati perasaan sy. Ya memang kandungan sy baru 8 minggu, baru 2 bulan tp impak kehilangan itu hanya sy yg rasa. Sy berani kata awak pun takkan mampu menanggung beban kesedihan dan kekecewaan ini kiranya awak ada di tempat sy sekarang.

Sy tertanya2 mana dan bila sy tunjukkan keegoan sy pada orang ramai? Tidak juga sy heboh kan kehamilan sy kecuali pd teman rapat. Dan apa kaitan politik di FB dengan keguguran kandungan sy? Sy taksub politik, sy akan gugur kah?

Untuk pengetahuan awak, rakan FB sy tak sampai 300 orang untuk kawan sy dr sekolah rendah ke sekolah menengah ke universiti ke tempat kerja dan juga ahli keluarga sy. Sy tidak nampak langsung bongkaknya sy di FB. Ya mungkin sekarang sy bersikap bongkak tp untuk menidakkan penilaian awak terhadap kehilangan sy.

Awak bercakap tentang nyawa anak sy. Darah daging sy. 2 kali kehilangan dalam masa 4 bulan berturut bukan perkara biasa. Awak bercakap dr perspektif awak. Cuba lah berfikir dari perspektif sy. Awak masih muda, kerja pun belum, kahwin pun tidak.

Tidak lah sy mendoakan yg bukan2 tp tidakkah awak terfikir sebelum melemparkan kata2 itu yg awak mungkin tak akan merasai langsung nikmat perkahwinan apatah lagi nikmat menunggu kelahiran anak?

Sesungguhnya kata2 manusia itu lg tajam dr bilah pedang, dan ya sy sangat terluka.

Laluan vagina sy dikorek2 dimasukkan kapas, ditarik2 saki baki anak sy yg tinggal. Adakah itu satu kebanggaan, satu keegoan utk sy kongsi di FB? Lebam di cucuk ubat untuk mengecutkan rahim, memaksa darah2 yg tinggal utk keluar, masih lagi nampak di paha. Sy hadapi seorang diri tanpa ada seorang pun ahli keluarga di sisi apatah lg sang suami yg jauh di terengganu.

Tak akan sy maaf kan setiap patah perkataan itu. Tidak akan. Hanya Allah yg tau kepedihan sy.

Satu soalan dr sy untuk awak.

SIAPA AWAK UNTUK MENILAI KEHILANGAN SY?

No comments: