.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, August 27, 2009

info tambahan.

psst. hari itu ada terbaca dekat kosmo online keluaran 24 ogos 2009, mengemis tu haram. tapi ni dari majlis fatwa indonesia. tapi takkan tak boleh fikir panjang kan? bukan tak boleh bersedekah tapi pada orang yang betul. kadang kadang perasaan kasihan tu boleh memanjangkan lagi benda yang tak betul. berapa ramai pengemis yang tipu buta? berapa ramai pengemis yang sebenarnya duduk dalam rumah batu? ramai lagi anak yatim, atau saudara kita sendiri yang boleh di bantu.

so fikir fikir kan lah :)


Majlis ulama sokong haram mengemis

JAKARTA – Fatwa haram mengemis yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia Sumenep, Madura, Jawa Timur tidak dibantah oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) pusat, lapor sebuah akhbar semalam.

“Memang sudah ada pandangan untuk tidak bersetuju dengan aktiviti pengemis itu.

“Bukan hanya di bulan ramadan tetapi bulan seterusnya,” kata Ketua Fatwa MUI, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, bagi menghapuskan kegiatan pengemis, masyarakat turut tidak memberikan sedekah secara sembarangan.

Jika mahu bersedekah, masyarakat diminta menyalurkannya kepada orang yang patut menerimanya, kata Anwar.

"Masyarakat seharusnya memberikan sedekah kepada tangan yang tepat, kerana makna sedekah ialah memberikan sesuatu kepada orang yang patut menerimanya,” katanya.

Sebelumnya ini MUI Sumenep mengeluarkan fatwa haram mengemis.

Alasan pengharaman itu adalah kerana mengemis akan menjadikan diri hina dan merugikan orang lain. – Agensi



1 comment:

Did said...

betul...ini yang susah kita nak faham. sebenarnya terpulang kepada niat sedekah kita. janji ikhlas. aku penah terbaca satu kisah.

seorang lelaki yang bersederhana pendapatannya bersedekah kepada seorang wanita yg miskin dgn ikhlas. namun kemudian lelaki ini menyedari sebenarnya wanita itu adalah pelacur. seterusnya dia bersedekah kepada seorang lelaki tua. tetapi kemudian disedari lelaki tua ini seorang yang kaya dan kedekut. lalu terfikirlah beliau adakah sedekahnya itu diterima allah.

namun, berkat keikhlasan beliau bersedekah...wanita yang melacur itu tidak lg melacur kerana sudah punya pendapatan.
lelaki tua yg kaya itu pula tidak lagi kedekut kerana rasa malu - orang yang lebih miskin darinya mampu bersedekah.

So? bersedekahlah dengan ikhlas. terpulang kepada penerima sedekah itu sama ada mahu gunakan wang kepada jalan yg benar atau salah. itu adalah hal antara dia dan allah.