.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, July 30, 2009

sok sek sok sek

topeng ni ayang dengan noy yang belikan. membebel dorang kalau aku tak pakai. haha. tadi pakai sebab nak beli tukang cuci baju dekat pekan. tapi aku tak pakai sangat. bila nak masuk kawasan kolej baru terasa nak pakai. bahaya tu.

kawasan kuarantin, virus tengah menyerang. gila la kalau tak pakai kan?

oh ye. hari selasa hari tu aku demam. sebenarnya dari hari isnin lagi rasa tak sihat. tapi duk main dekat mulut je la. nak demam. nak demam. ngadu dekat ayng dengan noy. dorang memang dah bimbang. haha.

so hari selasa tu pergilah klinik. mula mula pergi pusat kesihatan upsi tapi ramainya umat. aku yang memang dah ting tong tak tahan, terus call noy ajak pergi klinik lain. pergi klinik nabilah. tunggu sekejap, jumpa pun sekejap. masuk je dalam bilik doktor, kena tanya sakit apa. aku cakaplah demam kan. doktor amik suhu. 39. dia cakap okay, doktor bagi ubat bla bla bla. jangan lupa makan. okay. boleh keluar.

sikit pun tak sentuh. haha. lepas tu dia bagi ubat batuk, selsema, demam, antibiotik. aku hairan la kenapa dapat ubat batuk dengan selsema sebab sikit pun aku tak batuk, tak selsema. paling paling koman bagi la ubat sakit tekak ke apa ke.

lepas tu dapat mc satu hari. tapi rasa macam rugi pulak. sebab esok nya, hari rabu, upsi di isytiharkan darurat h1n1. kena tutup. semua kena balik kampung. yang sakit je tinggal dekat kolej kolej kediaman.

berita yang aku tahu setakat ni, 14 orang student positif h1n1. haih.

so sekarang ni, aku ambil inisiatif sendiri, pergi check. tapi belum lagi la. bila dah sampai kampung. di buatnya positif, meraung la aku. haha.

okay la. nak tidur. esok nak jalan jauh.

bukit tok beng, here i come!

3 comments:

Jarri said...

jangan bawak balik virus babi kat sini. ai tak suka.

L.H.R said...

ala yu. bile lagi nak share ngan ai.

myname is secret said...

owg ganu ke