.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, July 16, 2009

kerna skali cinta, aku tetap cinta

hidup ni tak ubah macam roda. sekejap kau kat atas, sekejap kau kena lenyek dengan roda tu, sekejap kau kat tengah tengah. ada masa kau bahagia amat. ada masa kau sedih. ada masa kau sangat sibuk. dan ada masa kau rasa sangat kosong.

sekarang aku tengah kalut nak siapkan report LI aku. terima kasih lah pada makhluk asing yang pinjam laptop aku untuk selamanya, aku kena buat semula report dari awal. dah la lampiran, task, gambar gambar semua ada dalam laptop. sekarang kena fikir balik macam mana nak dapatkan balik coding, gambar gambar semua tu. haih. sabar siti. ni baru sikit. ada yang kena lagi teruk.

erm.

oh ye. ada orang still tak belajar dari kesilapan nampaknya. tetap buat kesalahan yang sama. takpe la. mungkin kesedaran tu belum sampai. satu je yang aku nak cakap. bila kau dah sedar, aku yakin kau dah terlambat. peluang bukan untuk selamanya.

dan oh ye lagi sekali. aku dah ada blog baru. blog kongsi aku dengan budak rumah no 31. kalau rajin, silalah jenguk. ini kisah kami bertiga. tak banyak lagi entri nya. baru mula menulis semalam.

itu je lah kot aku nak cakap untuk malam ni. eh. lupa. untuk makcik makcik depan rumah, sebelah rumah, boleh tak belikan baju dan seluar untuk suami makcik? saya kesian la tengok suami makcik makcik keluar rumah pakai tuala saja. kalau seksi nak jugak saya tengok. tapi yang saya nampak perut saja. orangnya pun saya tak tahu yang mana depan, yang mana belakang. boleh kan makcik? beli pagoda saja pun saya rasa sudah cukup *wink*

okay la. nak kena sambung buat report. woahh.

nitey nite!

p/s: ummi dengan alif ada pilihan untuk aku. orangnya tinggi. hitam manis. kalau setuju, bila bila masa boleh jalan. haha. jadi, tunggu kad dari aku ya?


4 comments:

faexah said...

woah! btul ka? bla tu? =) yelah..pkr baik, baik dpercepatkan. =)

nme sy ct said...

haha. insyaAllah.

Jarri said...

deng yu!

nme sy ct said...

yu lambat! pdn muka.