.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, November 10, 2008

.: mari belajar buat sambal belacan! :.

mari belajar buat sambal belacan dengan aku! aku buat sambal belacan? jangan lah besar sangat mata tu. kecilkan sikit. hehe. sambal belacan yang aku buat takde lah sesedap sambal belacan restoran naz mahupun restoran atan apatah lagi abuya. jauh bezanya. tapi setakat nak makan dekat rumah boleh lah. lagipun bukannya susah sangat pun. malas je nak buat. hehe.

bahan-bahan nak buat sambal belacan mestilah korang dah tahu kan? belacan mestilah kena ada, cili/lada(saiz, jenis, bentuk, warna terpulang pada citarasa korang), gula, garam dan air asam(air asam jawa boleh, air perahan limau pun boleh).

mula-mula korang kena bakar belacan tu. jangan lah sampai hangus. agak-agak sampai belacan tu kering la. macam gambar-gambar kat bawah ni.




lepas tu korang tumbuk lah belacan dengan cili/lada. aku guna lada hidup dengan cili api. masyuk! hehe. masa tumbuk tu hati-hatilah. jangan sampai masuk dalam mata. tapi tak payah lah sampai nak pakai topi keledar pulak.




bila dah siap, korang masukkan lah gula dan garam. kalau korang tak boleh makan pedas-pedas sangat korang letaklah gula lebih sikit tapi jangan banyak sangat. takde kick-lah sambal belacan manis. lepas tu perah asam limau atau pun letak air asam jawa. sama je. rasa je lah lain sikit.


siap. selamat menjamu selera! tetibe je kan?hehe.


*************

oh ye.

tadi aku terlupa nak masukkan gambar-gambar 'the making of mr tin'. jangan main-main. mr tin pun ada the making.

mula-mula keringkan tin yang korang dah bersihkan. saiz tin tu terpulang pada saiz mr tin korang lah(macam ye-ye je korang nak buat).


lepas tu, tutup lubang atas tin tu guna sellotape/pita pelekat(saiz,jenis,warna terpulang janji melekat dekat tin).


ambik clay(saiz,jenis,warna terpulang) yang korang dah lembut kan tapi jangan lembut sangat nanti susah nak bentuk, korang tampal clay tu dekat tin korang tadi. ratakan betul-betul.


dah siap ratakan clay, ambik clay yang warna-warni untuk buat muka pulak. bentukkan mata hitam, mata putih, hidung, mulut dan jugak rambut. ini kena ikut kreativiti korang lah. nak hidung bulat, besar ke, nak mulut besar ke, nak rambut berjambul ke. tu semua terpulang.


taraa! dah siap pun mr tin. kalau nak pastikan hidung,mata,rambut,mulut tak tercabut, masukkan mr tin dalam peti sejuk. biarkan dalam 3,4 jam.


tal comel? takpe. comel kan bila korang dah digitalkan mr tin ni. macam yang kitaorang buat. warna clay tu aku cakap tak kesah sebab nanti bila nak mappingkan korang mesti lah nak guna skin/texture yang canggih, yang nampak real. so warna clay tu memang tak penting lagsung lah kecuali kalau korang nak mapping betul-betul sama dengan warna clay.

tu je lah untuk kali ni.tetibe je aku rajin nak upload gambar. enjoy! =)

No comments: