.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, October 27, 2008

.: oh lelaki :.

kenapa lelaki boleh sayang lebih dari satu?
dalam keluarga aku tak pernah lah ada pengalaman berkongsi ayah atau suami.kalau ada pun moyang aku yang kawen sampai tujuh.aku pun tak tahu nenek aku anak isteri nombor berapa.tapi kenapa boleh sayang lebih dari satu?tak cukupkah dengan yang satu tu?kalau tak cukup, dah kawen dua, kenapa mesti ada lagi yang ketiga, keempat, kelima dan yang keseterusnya?

aku pernah ada pengalaman diduakan tapi bukan la sampai tahap dimadukan.aku gadis ok?dengan ex aku yang dulu.budak johor.aku dapat tahu dia pasang lain lepas enam bulan berhubungan(berkapel-lah).tu pun sebab aku tengok inbox dan aku baca semua sms yang ada.semua bersih.tapi tangan aku gatal pulak nak tengok sms gambar.tengok punya tengok ada lah satu gambar tu tulis nama dia dan nama perempuan.aku tak tanya.aku diam kan aje.dan sah-sah lah mood aku pun jadi mendung je.dia heran.dia tanya aku apa yang tak kena.aku diam.tak tahu macam mana dia terbaca sms yang aku hantar pada kawan baik aku.aku cakap dia dah ada orang lain.dia terus explain dengan panjang lebarnya.tu cerita zaman dulu-dulu.sebelum aku dan dia start kapel.dia terima perempuan tu sebab dia ingat aku nak main-main.dia siap suruh budak perempuan tu explain sendiri semua.aku terima aje.sebab aku pun jahat jugak.dalam masa yang sama aku pun ada jugak cari pakwe lama aku.cerita diduakan tu habis macam tu je.tapi sayangnya.bulan dua tahun kemudiannya aku mintak break.sebab aku nak sambung kapel dengan pakwe lama. dan jugak sebab banyak kali aku kantoi dengan dia.sms yang aku nak hantar kat pakwe lama aku terhantar kat dia. pernah jugak dia telefon pakwe lama aku.apa yang dorang bincang aku tak tahu.aku pun tak tahulah kenapa aku tegar sangat masa tu nak kapel dengan pakwe lama aku tu.first love kot?

dan tak lama kapel aku dah dapat balasan.tak apa lah.aku terima lagi.aku diduakan.dan jugak menduakan.tak payah buat muka cakap aku perasan.kalau rasa menyampah nak baca sila ke blog lain.aku tak heran.

cerita diduakan tu tak pernah habis.dari dulu sampai sekarang.secara sah atau pun tak sah.kantoi ataupun tak.kalau kantoi memang sah-sah lah aku mengamuk.tapi aku mengamuk dalam diam. kalau tak percaya boleh tanya haris.

ok
berbalik pada topik asal.kenapa lelaki boleh sayang lebih dari satu?sebab hati lelaki ni ruangnya luas ke?ada banyak tempat ke?atau lelaki memang tak pernah puas dengan satu?aku tahu tak semua lelaki macam ni tapi minoriti tu ada.dan golongan minoriti ni cukup menarik minat aku. kenapa mesti lebih dari satu?

ada yang cakap sebab nak ikut sunnah nabi. ok. kalau memang betul itu alasannya, aku tak boleh lah nak lawan. tapi kenalah ada alasan yang kuat kan?kalau nak tolong,kenapa mesti pilih gadis yang bergetah?kenapa tak pilih janda yang beranak enam yang kerjanya menyapu sampah di R&R?kenapa tak pilih ibu tunggal yang terpaksa bekerja sebagai buruh?kenapa mesti gadis belasan tahun yang monggel, yang cantik, yang berkemampuan untuk hidup sendiri?

kawan aku cakap, lelaki memang nakal.sama macam perempuan. tapi gatal macam mana pun lelaki, berapa banyak pun spare, dalam hati tetap ada yang satu. dan lelaki kalau nak berfoya-foya, nak berhibur memang akan cari perempuan-perempuan yang murahan,yang seksi. tapi untuk buat calon isteri,lelaki mesti cari perempuan yang baik-baik, yang alim, yang bagus, yang boleh pimpin anak-anak.

tapi ustazah aku cakap,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

kalau macam tu, macam mana dengan perempuan jahat?dapat lelaki jahat ke?

*entry ni tak ada kaitan dengan sesiapa. tak payah perasanlah aku tulis pasal kau. tak ada masa.

4 comments:

alien said...

erm, semua tu ketentuan takdir..
heh..Assalamualaikum..

nme sy ct said...

wslm
mungkin.
dah takdir dapat bini nombor dua yang seksi, yang bergetah.
kan?

hadio69 said...

nafsu kot?
ntah la kak..
xdpt nk tlg..
sy single je haha

nme sy ct said...

nafsu memang alasan yang femes

ye je awk ni single
=p