.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, October 26, 2008

.: aku tak suka.. :.

aku tak suka lelaki yang buat muka bangga bila cerita pasal 18sx. aku lagi tak suka perempuan yang layan lelaki-lelaki macam tu lepas tu buat-buat muka malu tapi mahu. memang murah gila la. apa la yang korang dapat eh?aku tertanya-tanya jugak. depan-depan orang ramai korang cerita pasal semua tu. dah la cakap kuat-kuat. bila orang lain tengok buat muka bangga. kalau ada orang tegur cakap orang tu kolot la, katak bawah tempurung la,tak ikut peredaran zaman la.aku cukup heran dengan korang.bangga ke bila cakap pasal tu?nak bagitahu semua orang yang korang tahu pasal tu?oh. tolong la. korang tak sedar ke korang dah merendahkan maruah korang sendiri?perempuan pulak. macam sengaja cari nahas.macam murah sangat.aku ni bukan la baik sangat. kalau ada kawan-kawan aku buat lawak bodoh pasal ni aku buat tak dengar ataupun aku blah terus. tapi dalam hati aku kedudukan korang memang paling bawah.

aku tak suka lelaki yang mencarut-carut bila marah. aku lagi tak suka bila dengar perempuan yang mencarut. nak-nak bila tengah gaduh. lagi best kalau gaduh rebut jantan. semua benda dorang boleh sebut. laju. lancar. siap dengan aksi tangan sekali. kalau lelaki gaduh akhiran dia sama ada masuk hospital atau blah sebab polis. kalau perempuan pulak sah-sah la dua-dua menangis.hebat sangat ke boleh mencarut?tak kira la mencarut dalam bahasa ibunda ke, bahasa orang puteh ke, bahasa iban ke..hebat ke?bangga ke?kalau aku dengar kawa-kawan aku mencarut mesti aku tengok muka dia. kalau dia tengok aku balik aku senyum kat dia. senyum bangang. dalam hati aku kau la yang macam apa yang kau sebut.

aku tak suka lelaki bergaduh nak selesaikan masalah. aku lagi tak suka kalau perempuan bergaduh sebab lelaki. tolong la perempuan. ramai lagi lelaki lain. kalau ada yang korang tak puas hati,selesaikan elok-elok. tanya perempuan tu dan lelaki tu. jangan terus serang. silap hari bulan kau yang malu.

aku tak suka lelaki yang simpan cerita lucah dalam handphone, dalam laptop, dalam external, dalam pendrive(bangang tahap cipan la kalau ada) atau pun buat koleksi cerita lucah. aku lagi tak suka kalau perempuan yang buat macam tu. kalau korang cakap sebab rasa ingin tahu, kenapa sampai berpuluh-puluh giga external kau penuh dengan cerita lucah?itu belum masuk lagi cerita-cerita kartun lucah,gambar-gambar bogel,gambar-gambar perempuan playboy,gambar-gambar bogel awek/makwe/pakwe/adik angkat/abang angkat.lagi bangang korang yang kongsi-kongsi cerita lucah.kau cari cerita a. dia cari cerita b. lepas tu tukar-tukar.yang lagi best korang kongsi cerita korang sendiri.konon nak tunjuk korang hebat.makwe korang hebat.pakwe korang hebat.aku teringat berita beberapa tahun lepas.sorang ayah pengsan bila anak lelaki dia bagitahu anak perempuan dia berlakon(secara sengaja atau tak sengaja aku tak tahu-lah) cerita lucah.kalau video skodeng tu jangan cakap la. pakcik-pakcik yang dah tua berjanggut pun join team skodeng.yang muda-muda tu jangan cakap la.siap skodeng secara berkumpulan lagi.apa perasaan dorang kalau 'terskodeng' anak/adik/abang/kakak/cucu/isteri sendiri?

aku tak suka orang yang nasihat orang jangan buat tapi dia sendiri yang buat.kepada orang-orang macam ni; boleh jalanla woi!tak payah la buat-buat baik depan orang ramai.nak muntah aku.tak payah la nasihat itu ini,nak marah itu ini kalau kau sendiri tengah buat semua yang kau tegah.macam bagus sangat.aku tak marah kau nak tegur aku tapi aku rasa kau tak layak nak tegur aku. sebab kau sendiri pun buat apa yang kau nasihat jangan buat. dan kau tak buat pun apa yang kau suruh aku buat.

aku tak suka lelaki yang sanggup pukul kaun hawa kecuali kaum hawa tu buat salah. tapi kalau status kau setakat pakwe atau tunang, tak payah la pukul anak orang.aku suka perempuan yang berani pukul lelaki bila kena kacau.aku tak suka bila baca berita perempuan tu terpaksa serahkan tubuh sebab takut kena bunuh,pukul.atau pun takut malu.mesti korang cakap aku cakap senang la.kan?takpe.aku takde masalah.semua orang tahu tahap kemampuan masing-masing.

aku tak suka lelaki yang salah fesyen. perempuan lagi la aku tak suka. pakai payung yang dah koyak kat lrt.kesian.pakai baju 5,6 lapis tengah tengah hari buta.tak tahu la aku.citarasa masing-masing tapi jangan la sampai terseksa semata-mata nak orang cakap kau bercitarasa tinggi.

aku tak suka lelaki curang. aku tak suka perempuan curang. kalau dah ada yang punya buat-buat la macam dah ada yang punya.tak payah la menggatal dengan yang lain.handphone ada 2,3.sebab takut tersalah hantar sms.pecah la tembelang kan?aku dah ada banyak pengalaman ni.kepada pemilik hati aku, tolong la.kalau tak suka aku terus terang la.kau boleh teruskan dengan perempuan tu dan aku boleh teruskan hidup aku.tak guna tipu. tak guna sembunyi.lambat laun ketahuan jugak.

aku tak suka lelaki gatal.aku tak suka perempuan gatal.jangan kacau hak aku.jangan panggil sayang. jangan gatal-gatal nak bermanja.kalau betul kau sayang hak aku, terus terang. jangan main belakang.kalau aku tahu..kau mesti tak nak tahu apa yang aku boleh buat dan apa yang aku dah buat.

banyak yang aku tak suka.
nanti lah aku sambung lagi.

selamat pagi matahariku =)

4 comments:

Unknown said...

nobody perfect (",)y

L.H.R said...

yeah.
thanks for dropping by.
=)

Anonymous said...

sal 18sx tu
ntah la kak
ble keterbukaan tu dh dslh ertikn
org bbgge dgn pkara yg xspatutny

knn ny socially open minded pdhal soSIAL
knn ny ikut predaran zaman, pdhal terhegeh2 nk phatian
tkt ktinggaln mnde yg sbnrny tiada bkpntingan..

juz my opinion :)

L.H.R said...

anak muda zaman sekarang
topik yang taboo dulu2
skrg dah jadi topik nak tunjuk hebat.