.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, February 01, 2011

assalamualaikum.tahniah dh bahgie tp knape haris?knape x org lain?tau haris sape?tau prangai haris?tipu,kcu ble dh dpt tggl.msg mcm2,mtk mcm2,merayu mcm2 dgn semue betine yg die jumpe.smpi mti sy x kn maafkn die.sy tuntut utg ni kt sne.ank korg akn trime

waalaikumussalam wbt cik/puan. firstly saya terfikir2 sama ada nak jawab atau tak soalan awak ni. tapi saya pilih untuk jawab walaupun saya rasa ini masalah awak dan haris; dan publish di semua social networks yang saya ada sebab saya taktau awak siapa, and kat mana awak kenal saya or saya kenal awak. saya harap dengan jawapan saya ni, awak boleh dan dengan ikhlasnya memaafkan haris dan mungkin jugak saya dan jugak insyaAllah anak anak kami.

untuk soalan pertama awak, saya pilih haris sebab saya rasa haris adalah yang terbaik untuk saya dan jugak masa depan saya. lelaki mana yang sanggup berhujan, berpanas semata mata nak teman saya berjalan jalan, mengidam nak makan macam macam? lelaki mana yang sanggup bangun pukul 3 pagi sebab saya lapar dan nak makan mcd?lelaki mana yang sanggup naik bas dari terengganu dan teman saya balik ke terengganu? lelaki mana yang sanggup datang ke rumah saya seorang diri berjumpa dengan ahli keluarga saya?mungkin ada tapi insyaAllah haris lah yang terbaik untuk saya.

soalan kedua, siapa haris dan perangai haris saya rasa saya sangat tahu. saya tahu semua cerita kotor, gelap dan hitam haris kalau ini yang awak maksudkan dengan soalan awak. mungkin ada satu, dua cerita yang saya taktau dan mungkin satu cerita tu adalah cerita awak. dan terima kasih sebab dengan soalan ni, saya tau satu lagi cerita haris. tapi saya percaya semua orang pernah buat salah, pernah buat silap. saya sendiri pun ada cerita kotor, cerita hitam saya dan haris terima saya seadanya jadi siapa saya untuk menghukum haris semata mata kerana awak?

tipu, kacau dan tinggal. awak buat haris nampak sangat teruk walhal saya percaya awak tak pernah pun tidur dengan dia kan? ayat awak seolah olah haris tidur dengan awak dan awak mengandungkan anak dia. saya serahkan perkara ni pada haris, awak dan jugak Allah kalau betul itu yang berlaku.

masalah ni antara awak dan haris jadi saya mintak jangan libatkan anak anak kami kalau di kurniakan Allah. setiap hari saya berdoa Allah balas semua dosa saya pasa saya, bukan pada anak anak saya sebab saya sedar dan tau semua dosa yang pernah saya lakukan. dan saya takboleh bayangkan kalau anak anak saya yang terima semua balasan tu. jadi saya mohon dengan awak, selesaikan masalah ni dengan haris SAHAJA.

awak boleh jumpa saya bila bila masa, di mana saja. saya sanggup ambil cuti dan jumpa awak kalau awak mau. saya tak kesah. cuma saya nak tau. siapa awak, apa yang haris dah buat sampai awak berdendam dan menuntut hutang sampai ke sana?

kalau betul apa yang awak cakapkan ni, saya mintak dengan awak, message lah saya. fb, twitter, blog, handphone saya, email saya. mana mana. saya tak kesah. awak boleh call haris. haris still guna no 0640. kita selesaikan mana yang belum selesai.

apa pun, saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki bagi pihak haris kalau awak betul betul terganggu dengan cerita cerita lama ni. saya harapkan awak boleh maafkan kami sebab saya dan haris pun tengah sibuk kumpul batu bata, nak bina masjid.

saya harap awak boleh terima maaf saya.

Dear Ail,

No comments: