.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, February 14, 2011

#344

bila kau kata aku tak matang, aku memang tak boleh nak lawan. sebab aku memang akan jadi budak kecil bila aku dekat dengan keluarga aku, dengan orang yang aku sayang. dan aku sayang kau. aku tak matang sebab aku nak bermanja. nak bermanja dengan keluarga, dengan kau.

aku sengaja cemburu dengan benda remeh temeh, facebook, sms, email, telefon sebab aku suka dengar bila kau terangkan. bila kau terang, aku tenang. aku boleh saja buat buat tak nampak semua komen di facebook, sms, email. boleh. untuk selamanya pun boleh. sebab aku tahu hati aku kuat. sebab kau yang ajar hati aku untuk jadi kuat. tapi aku pilih untuk tetap cemburu. sebab tu saja cara untuk aku tunjukkan sayang aku, ambil berat aku pada kau.

aku belajar untuk lupakan semua cerita lama. aku belajar untuk menangis seorang diri bila teringat cerita lama. aku belajar untuk pendam semua cerita lama. aku belajar untuk terima kau yang baru, yang baik, yang terbaik untuk aku. tapi aku mintak maaf bila kau kata aku selalu salahkan kau dalam semua hal. aku tak sengaja. aku belajar untuk tidak menyalahkan takdir, aku belajar untuk tidak menyalahkan tuhan. aku belajar untuk tidak menyalahkan kau. tapi memang tak berjaya. kan?

aku bukan nak cakap aku sempurna. tak. sebab aku tau aku tak sempurna. aku tau aku pun ada lemahnya, aku pun ada kurangnya. tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk kau. aku cuba jadi sempurna untuk kau, sempurna di mata kau. tapi aku tetap aku, kan? seorang perempuan yang sentiasa menyalahkan orang lain. itu aku di mata kau.

bila kita jauh, aku suka cari gaduh. sebab aku nak bermanja dengan kau. aku nakkan perhatian dari kau. tapi aku mintak maaf. sebab selalu tak kena masa, tak kena tempat. aku tahu aku bukan tempat kau curahkan segala masalah kau. aku tahu. sebab banyak yang aku tak tahu. aku tak kesah mengadap facebook kau 24 jam semata mata nak tahu apa kau buat, kau bengang dengan boss, kau kena tipu. aku tak kesah. sebab bila aku tanya kau, kau jawab kerja kau macam biasa. tapi bila kau bercerita dengan kawan, lain. tengok, aku salah kan kau lagi. maaf kan aku.

terima kasih sebab kau tegur aku. aku dengar, aku simpan, aku ingat, tapi kadang kadang aku buat sebab sama seperti sebab di atas - perhatian kau.

tapi bila kau cakap kau kecewa sebab aku tak matang, aku sepuluh kali lagi kecewa. sebab kau masih tak kenal aku.

aku akan belajar untuk jadi apa yang kau mahu. tapi maafkan aku kalau apa yang kau dapat itu bukannya aku. kau dapat apa yang kau mahu, aku bagi semua yang kau mahu.

hai, selamat berkenalan dengan aku yang baru.