.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, August 27, 2009

#280

aku baru aje lepas baca satu blog budak sekolah agama. macam kelakar lah. bukan aku nak cakap kelakar budak tu sekolah agama tapi cerita dia tu yang buat aku senyum senyum sorang sorang pagi pagi buta buta. eh. pagi pagi buta. hehe. dalam salah satu entri dia, dia mengomel pasal couple di sekolah agama. dia macam bengang ada pengawas satu kelas dengan dia sibuk sibuk duk tanya couple ke tak sebab nak buat report dekat ustazah.

haha.

kelakar kan?

adik aku dulu sekolah agama. and ada couple. family aku cool aje. maksud cool aku ni parents aku gelak gelak je kalau aku kutuk kutuk adik aku ada awek, atau angah kutuk adik aku jiwang nyanyi lagu jamal abdillah. lagi pun masa mula mula ktorang dapat tahu along ada awek, kecoh satu family. along ada awek. along ada awek. ummi and alif cool je. tapi bab bab bergayut ni memang lah dorang marah. aku ada pengalaman bab bergayut ni. kalau nak tahu, tanya adik beradik aku. hahaha.

eh.

dah mengarut.

okay. apa yang aku nak cakap sebenarnya tak salah pun kalau ada couple dekat sekolah. normal la kan. tuhan memang cipta manusia tu dengan perasaan nak sayang dan di sayangi pasangan yang berlainan jantina. kalau sama tu, harap maklum je la. masa aku sekolah dulu pun, dalam kelas aku ada couple yang memang excelent gila dalam kelas. cikgu cikgu relax je. takde masalah. takde la sampai nak panggil time perhimpunan, kutuk kutuk pelajar, jatuhkan air muka pelajar semata mata sebab dorang ber-couple. cikgu macam tu memang bodoh. sorry la yep. aku cakap menda betul.

tapi aku tak la menyuruh adik adik nih ber-couple sampai lupa buku, sekolah semua tu. kalau rasa pandai nak bahagikan masa, go on. asalkan betul cara couple nya tu. jangan jadi macam mat saleh walaupun nama awak mat saleh. okay?

lagi satu, masa nak pilih couple tu pilih lah orang yang lebih pandai dari kita. banyak keuntungan yang korang akan dapat.

erm.

kesimpulannya adik adik (cewah. beriya aku nih. haha), tak salah kalau awak ada couple tapi make sure la korang pandai jaga diri, pandai bersaing ilmu dekat sekolah. kalau rasa rasa iman tu tak berapa nak kuat, hold dulu la. tapi jangan la sampai jadi anti-couple pulak. okay?

tapi jangan pulak korang print entri ni bagi kat parents. jenuh pulak nak menjawab karang. haha.

okay la.

selamat bersahur :)

p/s: aku memang tak sokong kempen anti-couple sebab aku rasa macam tak relevan. cuba bagitau aku siapa yang tak couple sebelum kawen? aku rasa ajk kempen tu pun mesti ada jugak yang ber-couple. try la check kalau tak percaya. lagi pun ustaz rock sendiri couple sebelum kawen. tengok wayang berdua lagi you! haha. ops. bulan puasa.

haha.

bye.

2 comments:

faexah said...

ak pernah gak jd org yg jga couple tm sekolah ne (maklumlah penga'. stand for pengawas..hehe). cuma ktrg xla mereport klaw couple tu x dating. couple yg dating ja yg kena. byk ja couple kat skola agm, cuma yg pndai jga n simpan, survive la. yg x, mmg kena truk jgak. haha... btw, congratz kpd senior2 yg dah selamat nikah.... =)

Did said...

kahkahkah...yang panas kerana berkapel tanpa batasan pergaulan. aku takde masalah pon dgn bdk2 skola nak bercouple. ia pengalaman yang baik. mematangkan fikiran. namun awas! jgn terjerat sudah... lagi2 bila bab bergayut tu! tp bdk skola zmn skarang dah tak gayut. diorg main es-em-es. betol2 majulah! knp tak wujud masa zaman aku skola dulu??
huh!