aku rasa macam lagu ni dekat dengan jiwa aku. sekarang ni aku tengah berjuang nak jadi janda. eh tak. nak jadi single balik. korang rasa kalau aku dedicate kan lagu ni untuk dia, dia paham tak?
kalau betul lah aku jadi singe balik, mesti azie tu berlari angkat tangan kan? silap-silap buat banner lagi. 'haris dah single!', 'azie nak ngorat haris!'. hoho. d'uh.
hidup aku ni memang tak pernah stabil. bila ada satu hal dah ok, dah tenang, hal lain pulak yang berkocak kencang. eceh. haha. tapi betul. aku rasa macam aku tak dapat apa yang aku patut dapat. macam markah exam kan. abang pendek yang kuat bodek tu dapat pointer lagi tinggi. aku bukan jenis yang suka bodek, lap bontot lecturer. tapi bila kau tahu yang dia tak layak dapat tapi dia dapat, kau akan rasa something dalam hati kau. something yang tak boleh nak di terangkan. dan bila kau kena jumpa lecturer tu balik, kau akan start develop perasaan yang tak sepatutnya. macam mana kau nak berdepan dengan dia untuk setahun yang akan datang?
kalau aku pulak, adik aku macam tak berapa suka aku ni di manjakan sangat. dapat pc, selalu balik kampung, dapat kodok. aku try jugak bayang jadi adik aku, and yes, perasaan tak senang hati tu memang patut ada. tapi nak suruh aku buat apa? jual balik pc? jual balik kodok tu? aku rasa dari segi kebendaan memang aku complete. tapi tu lah, macam aku cakap tadi. satu hal ok, satu hal lagi k.o.
sama jugak dengan lovelife aku. aku rasa aku tak dapat hak aku. bila aku tuntut hak aku, macam-macam janji aku dapat. tapi tu lah. manusia kan?
oh ye. aku maybe nak pindah johor. nak mintak posting dekat johor. balik terengganu pun hujung minggu je kot. nombor pun akan di tukar. hoho. drastik? tak lah. kan dah bagitau nih.
kalau dah tak de yang ditunggu, buat apa menunggu.
3 comments:
wakpe plok ehy??
ayat last skali dop leh tahan,,
baloh nge ustaz ker??
kahkahkah...
nak nasihat? aku juga alami perkara sama. bila impian aku ditunaikan, pasti 1 hajat lg akan terlepas. tapi lama-kelamaan aku sedar...bukan hajat aku itu terlepas tapi akan ada yang terbaik utk aku di masa depan. semua ini dugaan untuk menjadi insan tabah. anda untung kerana diberi pengalaman ini. hanya perlu kesabaran...
yeah.
go ct go!
Post a Comment