.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Friday, December 12, 2008

.: sehari di muzium bersama nme sy ct :.

kuala terengganu - nme sy ct telah membawa lima orang anak-anak buahnya ke muzium negeri terengganu yang terletak di losong. dengan hanya berbekalkan rm25, nme sy ct tekad ke sana setelah berpuluh-puluh kali mengelak untuk membawa mereka ke muzium.

setibanya di muzium, nme sy ct seperti kehilangan kawalan ke atas anak-anak buahnya. ramai juga pengunjung lain yang menjeling nme sy ct. untuk makluman semua, nme sy ct berstatus bujang. berbalik kepada berita asal, nme sy ct mengeluarkan belanja sebanyak rm7 di mana bayaran masuk bagi kanak-kanak yang berumur tujuh hingga lima belas tahun ialah rm1 dan dewasa ialah rm2.

kelima-lima anak buah nme sy ct seperti kebosanan apabila masuk ke ruang legar utama yang mempamerkan salasilah kesultanan terengganu. dua daripada anak buah nme sy ct iaitu iffah dan aisyah ketakutan apabila melihat 'mayat' yang dipamerkan di muzium.

lawatan diteruskan ke galeri alam kejadian dan berjaya menarik minat kelima-lima anak buah nme sy ct. selepas itu mereka bergerak ke galeri islam dan juga galeri petroleum.

15minit kemudiannya, kesemua anak buah nme sy ct merengek untuk melihat kapal besar dan juga 'mini zoo'. nme sy ct sempat menangkap beberapa keping gambar kenangan mereka di situ.

tepat pukul 445, keenam-enam mereka bergerak pulang tetapi tragedi telah berlaku dimana salah seorang anak buah nme sy ct menangis dibuli oleh abangnya. walaubagaimanapun nme sy ct berjaya menangani situasi tersebut.

aktiviti pada petang itu diteruskan dengan membuat lawatan singkat ke taman tamadun islam sebelum bergerak untuk mengambil ummi nme sy ct di sekolahnya.

selepas menghantar ummi pulang ke rumah, nme sy ct membawa mereka ke pantai untuk menikmati air kelapa. anak-anak buah nme sy ct menghentam nme sy ct dengan hebatnya dengan memesan air kelapa setiap seorang, sotong dan juga keropok. selepas aktiviti makan-makan selesai, nme sy ct membawa mereka bermain di tepi pantai.

sebelum pulang ke rumah, anak-anak buah nme sy ct berjaya lagi menghentam nme sy ct dengan membeli bebola yang dijual di tepi jalan. tepat jam 7 petang, nme sy ct dan anak-anak buahnya selamat sampai ke rumah.





2 comments:

Hanggokan said...

ooo..ganu!
dah siap ek renovate muzium tu?
anda mmg seorang mak sedara yang berkarisma. tahniah!

L.H.R said...

xsiap sume lg
ktorg pun main redah je ari 2