Tinggal suami demi cinta SMS
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Akibat ketagih menghantar SMS kepada rakan sembang yang baru dikenali beberapa bulan lalu sehingga terjalin hubungan intim dengan lelaki berkenaan, seorang suri rumah sanggup menghilangkan diri meninggalkan suami dan dua cahaya matanya.Suami wanita berkenaan, Che Karudden Che Hamid, 41, berkata dia dan ahli keluarga tidak menyangka hubungan biasa yang terjalin sebagai rakan sembang SMS antara isterinya, Anita Jamari, 42, dengan lelaki terbabit akhirnya mencetus pelbagai masalah terhadap rumah tangganya.
Menurutnya, kehadiran individu ketiga itu jelas membawa perubahan kepada isterinya termasuk kerap murung serta enggan berkongsi masalah dengan ahli keluarga lain sebelum menghilangkan diri dari rumah mereka di Lima Kedai, Gelang Patah di sini, sejak 11 Oktober lalu.“Dia tampak lebih gembira apabila berbalas SMS dengan lelaki itu yang dikenali menerusi talian perkenalan rakan sembang sebuah syarikat telekomunikasi dan merahsiakan identiti lelaki terbabit daripada kami sekeluarga biarpun kami tidak pernah mengesyaki hubungan antara mereka.
“Kami hanya mengetahui lelaki itu berasal dari Batu Pahat dan Anita tidak pernah memberitahu maklumat lain mengenainya. Masalah mula timbul antara kami berdua apabila saya terbaca SMS dihantar lelaki berkenaan yang merungkai hubungan istimewa mereka.
“Biarpun saya menasihatinya menghentikan tabiat menghantar SMS kepada lelaki berkenaan, Anita tidak mempedulikannya dan merajuk sehingga sanggup meninggalkan kami sekeluarga,” katanya yang membuat laporan kehilangan isteri di Balai Polis Gelang Patah pada 22 Oktober lalu.Che Karudden berkata, dia dan dua anak, Che Norkamaliah, 11, dan Khairul Amirin, 9, makin bimbangkan keselamatan dan merindui wanita berkenaan yang gagal dikesan sehingga kini biarpun sudah menjalankan pelbagai usaha mencarinya di beberapa tempat.Menurutnya, isterinya menghilangkan diri pada 11 Oktober lalu iaitu ketika dia keluar bekerja dan kejadian itu diketahuinya selepas dimaklumkan adik iparnya, Siti Salwa yang tinggal di Taman Pulai Utama, Skudai di sini.“Adik ipar saya pelik apabila isteri menghantar kedua-dua anak saya dari rumah kami di Lima Kedai ke rumahnya.“Apabila sampai di rumah, saya dapati beg pakaian, kad kredit, sijil nikah, buku akaun bank dan kereta saya, Proton Wira dibawa bersamanya.“Kami keliru dengan perbuatannya yang meninggalkan kereta berkenaan di Plaza Tol Simpang Renggam sehari selepas dia menghilangkan diri dan memaklumkannya menerusi SMS kepada abang iparnya,” katanya.
Che Karudden berkata, sebelum ini, Anita bukan sahaja tidak pernah berjauhan dengan keluarga, malah menyayangi kedua-dua anak dan bercita-cita membesarkan mereka sebagai insan berjaya.Menurutnya, dia risau dengan keadaan anaknya yang merindui ibu sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas kebelakangan ini.“Kami merayu Anita pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin dan meminta maaf sekiranya pernah mengguris perasaannya. Kami meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Anita supaya segera menghubungi talian 012-7315094,” katanya.
keratan akhbar Harian Metro, 15 Oktober 2008
aku memang benci dengan perempuan bangang macam ni. sorry lah. aku takleh lupa cerita lama. isteri orang yang ikut jantan lain memang sial. walaupun aku tak tau cerita sebenar dorang tapi kalau dah ikut jantan lain yang kenal melalui SMS, sendiri mau pk lah.
p/s: jagalah isteri korang baik-baik. ada yang kurang lebihkan, ada yang lebih kongsi-kongsikan. jangan terlampau sayang. manusia boleh berubah bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment