.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, November 01, 2008

.: panggillah aku gadismu :.

gadisku dalam koma
seriuskah keadaannya
gadisku dalam koma
seriuskah situasinya
dengarlah lagu ini bila sedar
betapa pilu tangisku
ku berikrar takkan ingkar
mogakan sembuh segera
maafkanlah diri ini jika pernah
salah dan silap dengan mu
ku berdoa ke atasmu
moga kau pulih semula.
*****************
lagu ni
aku play on repeat mode
tak sikit pun rasa bosan
aku suka bila dia sebut
gadisku
pemegang hatiku
panggil lah aku
gadismu
=)
dua,tiga hari ni tak banyak sangat aktiviti yang aku buat selain dari tolong noy, ayg, dope, syariy siapkan projek advertising dorang. syok jugak lah sebab aku boleh sumbangkan tenaga yang tak seberapa ni. lagipun bukannya banyak sangat pun yang aku tolong. tolong gunting, lipat kertas. itu aje. 29hb aku jejak lah kaki sekejap. sampai kat pameran(dah habis dah pun sebenarnya) dorang tengah berkonfrantasi pasal pameran. adalah dua,tiga yang tak puas hati. aku tak layan sangat pun sebab takde kaitan dengan aku pun. secuit pun takde. dorang membebel aku dengar aje lah. bukan nya luak pun lubang telinga aku ni.
dorang berpamer-pameran, aku kat rumah siapkan projek animasi 3d. nak buat animasi 3d kena buat clay modelling dulu. aku punyalah takde idea.nak tahu aku buat apa? aku buat 'mr. tin'. sangat simple. aku ambik tin lepas tu aku bungkus dengan clay tu. dah siap bungkus aku letak la mulut, hidung, mata,kening dan rambut. aku ada ambik gambar dengan hp tapi malas pulak nak transfer file. nanti-nantilah aku tempek kat sini.
oh ye. bulan disember ni ada dua majlis besar kat rumah aku. aku dengan ummi pakai baju sama. kain semua ummi yang uruskan. kita tengok je lah nanti macam mana rupa baju tu.
*************
aku balik terengganu 27hb november. siapa yang nak konvoi ramai-ramai, jom.
oh ye lagi sekali. terima kasih tuan temankan aku makan =)

No comments: