.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, October 25, 2008

.: dendam seorang ayah :.


apa perasaan korang bila anak harapan korang dibunuh didepan mata? apa perasaan korang bila korang sendiri yang bebaskan pembunuh anak korang? apa perasaan korang bila melihat isteri dan anak korang bersedih?

ok
aku baru je tengok cerita Death Sentence. cerita ni keluar tahun 2007 tapi aku baru je tengok. kalau korang nak cakap aku ketinggalan pun cakap la. sikit pun aku tak heran. cerita ni betul-betul buat tahap emo aku jadi kritikal. aku yang sememangnya dah emo tengok pulak cerita ni, memang ngam la orang cakap. cerita ni pasal nick hume, VP syarikat yang berjaya. nick ada 2 anak lelaki dan sorang isteri yang sempurna. keluarga hume memang seakan sempurna, atau pun bak kata orang puteh next to perfect la. anak-anak hume nama brendan dan lucas. brendan ni anak kesayangan hume. semua harapan terletak pada bahu brendan. dialah yang terbaik. satu hari brendan ada perlawanan hoki ais dan seperti biasa hume hantar dan sokong brendan. dalam perjalanan balik hume singgah dekat stesen minyak. dari situlah semua cerita bermula. brendan kena bunuh. hume marah. balas dendam. kalau korang nak tahu ending nya pandai-pandai la cari.

tahap emo aku naik masa tengok cerita ni sebab aku terfikir kalau la cerita ni jadi realiti. ini ke yang sorang ayah akan buat kalau anak harapan dia kena bunuh sedangkan dia ada lagi sorang anak? brendan memang anak yang sempurna. bijak, aktif, baik, dan kebetulannya apa yang hume suka brendan pun suka. sebab tu la kot brendan nampak sangat perfect dalam cerita ni. tapi aku jadi emo gila bila aku teringatkan lucas. lucas selalu di-dua-kan. maksud dua aku kat sini ialah brendan dulu baru lucas. tak paham?sudah. yang paling buat aku sedih masa lucas pergi kat stesen minyak tempat brendan kena bunuh. semua orang cari lucas. hume tahu mana lucas pergi. bila sampai kat stesen minyak tu hume marah lucas. hume mengamuk. lucas cakap semua akan jadi senang kalau dia yang kena bunuh. dunia tak kan berhenti kalau dia yang ganti tempat brendan. hume terdiam.

aku pun secara automatik terfikir sekali. dalam keluarga aku siapa yang jadi brendan, siapa yang jadi lucas? brendan dah tentu lah adik aku. dia memang perfect, well at least kat mata aku la. dan mungkin jugak kat mata mak ayah aku. dan juga abang-abang aku. lucas?entah la. aku tak nak jadi lucas. aku taknak jadi nombor dua. tapi sampai bila-bila pun aku jadi nombor empat. kalau something happen kat keluarga aku, apa ayah aku akan buat? apa mak aku akan buat? apa abang-abang aku akan buat? apa adik aku akan buat? dan apa yang aku akan buat?

***************************************
hari khamis lepas aku, noy, dope, ayg makan dekat easy cafe dekat khar. apa yang aku nak cakap kat sini bukan la racist tapi memang tak masuk akal la apa yang dah jadi hari tu. kami berempat pergi la makan kat cafe tu. dah pilih meja, duduk. lepas tu nak order la kan? yang ambil order kitaorang tu chinese. aku order hot&spicy fried rice dengan telur mata, ayg order easy cafe special fried rice, noy ngan dope order nasi lemak. dah order makanan kenala order air pulak kan? aku ngan dope order la cappuchino ais, ayg ngan noy order teh tarik. nak mudah kan kerja akak yang ambil order tu aku cakap la cappuchino ais dua, teh tarik dua. dia cakap ok. lepas tu boleh pulak dia cakap kat noy,

"u pun teh tarik jugak kan?teh tarik jadi tiga la kan?"
"tak. teh tarik dua. cappuchino ais dua."
"tadi dia cakap nak teh tarik"
"yela, teh tarik jadi dua je la"
"tapi dia pun order teh tarik."
"memang la. kami berempat je. air dah empat kan?makanan pun dah empat kan?"
"ye. jadi u taknak la teh tarik ni?"
"teh tarik dua, cappuchino ais dua."
"teh tarik tu nak sejuk ke panas?"

dowh.
aku dah give up nak jawab. najmee baru join kitaorang masa tu. lepas tu telur mata aku tak sampai-sampai. makanan ayang dah sampai tapi ayam goreng pulak takde.kecoh jugak la sekejap masa ayg panggil abang kedai tu. tengah-tengah kitaorang syok makan, noy pulak yang kena. kena apa? lalat tumpang berenang dalam teh tarik dia. lagi la kecoh. ada la terdengar dorang macam tak puas hati. dorang ingat kitaorang tangkap lalat lepas tu masukkan dalam teh tarik tu kot. haih.

oh ye
terima kasih en najmee sudi makan dengan kitaorang walaupun sibuk nak siapkan projek video tu.
:look:

No comments: