.: tik tok :.

Daisypath Friendship tickers

.: since that day :.

Daisypath Anniversary tickers

Jiwa

En N & Lia's Baby

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, September 04, 2008

.: syahdan ramadhan :.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku mereka-alif yg super duper cool, ummi jg merangkap general manager, along yg ke-slamber-annya kadang kala sungguh mncabar kesabaran aku, angah yg tak sudah-sudah dengan masalah chenta, ateh yg entah bilakan berpunya, adik ad yg kadang kala kecerdikannya buat aku nampak dangkal. mereka memanjakan aku, memalaskan aku, mengade-ngadekan aku.
aku sayang mereka.

terima kasih Tuhan
Kau juga kurniakan aku mereka-noy yg mengajarku bagaimana untuk menangis bila terluka, ayg yg membuatku malu bila tak menjenguk dapur, salihah yg ku cemburu akan kebahagiannya, maria yg entah bila kan bertemu penggantinya, along yg banyak memberi nasihat dan juga peneman aku tatkala di maki kakak si dia, aja yg adiknya ensem, razma yg adiknya juga ensem, susi yg bahagia amat tatkala ini.
aku sayang mereka.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku dia-zalia yahya yg ku gelar kakak merangkap bakal kakak iparku(insya-Allah). hidup memang menuntut pengorbanan. dan bukan semua orang bersedia untuk berkorban. aku juga belum bersedia.
aku sayang dia.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku dia.dia.ya, dia. dengan dia aku kenal bahagia. dengan dia aku kenal air mata. dengan dia aku kenal dunia. dengan dia aku kenal dia.
aku sayang dia.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku dia. dia yg boleh membuat aku tersenyum. ya. dia.
aku sayang dia.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku mereka- yg kadang kala ku panggil celaka dalam hati. adanya mereka buat aku sedar bumi ini berputar, buat aku sedar kata bukan segalanya, buat aku sedar kadang kala aku juga celaka seperti mereka, buat aku sedar setiap perkara ada batasnya yg mana batas itu seringkali aku dan dia langkaui.
aku sayang mereka.

terima kasih Tuhan
Kau kurniakan aku dunia.
Kau kurniakan aku nyawa.
Kau kurniakan aku akal.
Kau kurniakan aku hati.
kau kurniakan aku perasaan.

ampunkan aku Tuhan
bila ada masanya mereka-mereka itu, dia-dia itu,kurniaan-kurniaan itu, tak dapat ku jaga hatinya, tak dapat ku ikut arahannya, tak dapatku akur perintahnya, tak dapat ku beri apa mahunya.
maafkan aku.


kalian yang lain
aku juga sayang kalian.

************************************
ok
sekarang lagu yg aku dengar ada apa dengan cinta.
ada apa ya dengan cinta?
soalan dangkal barangkali pada sesetengah orang.
soalan ringkas yg memerlukan jawapan yg mungkin berkajang panjangnya.
mungkin juga cuma sepatah dua.
jadi
ada apa dengan cinta?

2 comments:

Jarri said...

murtabak dua lapis.
nak dua.
telur lebih.

nme sy ct said...

bayar pun dua lapis ye bang
=)